.

05 November 2008




by Miss Ayu

12 Sept 2008

Anda hebat dalam tarian? Jika ya, apa kata anda sertai Gatsby Styling Dance Contest. Pertandingan menari yang dianjurkan oleh produk rambut terkenal dari Jepun ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Bagaimanapun, peserta mestilah seorang pelajar, sama ada di sekolah menengah, kolej atau institusi pengajian tinggi.

Pertandingan menari yang melibatkan tujuh negara Asia iaitu Malaysia, Hong Kong, Korea, Taiwan, Indonesia, Singapura, dan Jepun ini menjanjikan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Sekiranya anda merupakan pemenang utama, anda akan berpeluang ke Jepun untuk menyertai Gatsby Styling Dance Contest Asia peringkat akhir. Semua perbelanjaan anda ke sana akan ditaja oleh Mandom Malaysia. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima duit poket sebanyak RM2,000, piala kemenangan serta produk rambut daripada Gatsby. Menarik bukan?

Jika anda cukup berani dan yakin, anda boleh menyertai pertandingan ini secara solo. Sebaliknya, jika anda lebih selesa menyertainya dengan rakan-rakan, kategori berkumpulan sesuai untuk anda. Tetapi setiap kumpulan mestilah tidak lebih daripada tiga orang.

Setiap peserta harus mempersembahan tarian kreatif sambil menggayakan rambut dengan menggunakan produk Gatsby Moving Rubber. Setiap persembahan tidak boleh melebihi satu minit dan hanya boleh menggunakan muzik terpilih yang boleh dimuat-turun di laman web Gatsby.

Pemenang akan dipilih berdasarkan empat kriteria utama iaitu teknik tarian, unsur humor, keaslian atau kreativiti tarian dan juga gerakan penggayaan rambut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Oktober 2008. Jadi, apa tunggu lagi? Hantar penyertaan anda ke laman web ini www.gatsby.com.my/gsd.


i saw diz ads somewhere..

so grab diz opportunity to sow ur talent..to my IMU fwens..show off your zapin!!hahaha =D

or cheerleading also..so fiona..weekiat...wai hong...cheryl..whit-ni..and other my chinese pals join la...

hehe